Assalamualaikum
w.b.t dan Salam Sejahtera
YBhg.
Prof. / Prof. Madya / Dr. / Tuan / Puan,
Unit Sukan
UiTM Cawangan Pahang menjemput semua warga UiTM Pahang iaitu staf, pensyarah,
pelajar, staf konsesi dan ahli keluarga menyertai UiTM Pahang Virtual Merdeka
Run 2020 yang bakal diadakan pada 16 Ogos 2020 hingga 31 Ogos 2020.
Acara ini
dianjurkan dengan kerjasama Persatuan Sukan dan Kebajikan Kakitangan (PSKK)
UiTM Pahang, Jawatankuasa Penganjuran Hari Inovasi UiTM Pahang 2021, Majlis
Perwakilan Pelajar UiTM Pahang dan Jawatankuasa Sukan Pelajar UiTM Pahang.
Tarikh
pendaftaran dibuka pada 23 Julai 2020 hingga 31 Julai 2020 bagi 'Early Bird'
dan 1 Ogos 2020 hingga 15 Ogos 2020 untuk pendaftaran lewat. Acara ini boleh
dilakukan di mana-mana sahaja anda berada dan tempat yang bersesuaian untuk
anda berjalan atau berlari termasuk di atas treadmill.
3 kategori
yang anda boleh pilih iaitu:
- 0.8KM (Fun Walk)
- 3.1KM (Fun Run)
- 6.3KM (Ultra Fun Run)
Daftar
segera untuk mendapatkan tawaran yang istimewa. Berita baik bagi ahli PSKK UiTM
Pahang yang menyertai larian ini kerana mendapat potongan RM10.00 bagi setiap
seorang.
Bagaimana untuk anda sertai larian ini?
- Daftar
- Pilih salah satu tarikh yang sesuai untuk anda berjalan atau berlari (16 Ogos 2020 hingga 31 Ogos 2020)
- Berjalan atau berlari dengan menggunakan aplikasi larian yang ada di telefon pintar anda
- Screenshot result anda dan hantar di link yang akan diberikan nanti
- Terima pakej barangan larian anda pada tarikh yang telah ditetapkan.
- Pastikan email yang anda gunakan aktif
Untuk
menyertai larian ini sila klik link pendaftaran di bawah πππ
https://tinyurl.com/RegistrationFormUPhVMR2020
ATAU SCAN
QR CODE
Segala
informasi mengenai larian ini dikepilkan bersama. Segala pertanyaan bolehlah
menghubungi:
1) En Ahmad Saiful Lubis : 09-3515749
2) Cik Siti Nurulaini : 09-3515748
3) En Absyraaf Ikhwan : 014-8328269 (WhatsApp Sahaja)
Sekian
terima kasih.
"Majulah
Sukan Untuk Negara"
Yang Benar,
ENGKU SYAHRIAL KAHPI BIN ENGKU HALIN
Ketua Unit Sukan HEP
UiTM Cawangan Pahang Kampus Raub
27600 Raub, Pahang
Tel: 09-3515746
Email: engkusyahrial@uitm.edu.my
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.