15 September 2020 - UiTM Cawangan Pahang telah menganjurkan Sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia di kampus. Acara dimulakan dengan senamrobik yang telah dikendalikan oleh pensyarah Fakulti Sains Sukan & Rekreasi (FSR). Penampakan Ketua Pusat Pengajian (KPP) FSR, iaitu Encik Mohamed Azizul bin Mohamed Afandi sebagai salah seorang instruktor senamrobik.
Program diteruskan dengan pelepasan acara larian sejauh 3.2km oleh YBhg. Prof. Ts. Dr. Mohd Ilham bin Adenan, Rektor UiTM Cawangan Pahang. Seterusnya pelepasan acara kayuhan dilaksanakan oleh YBrs. Puan Nor Yusnita binti Mohamed Yusoff, Timbalan Bendahari. Acara kayuhan ini terbahagi kepada 2 kategori iaitu Onroad (mengelilingi kampus) dan Offroad (mengelilingi kampus dan kawasan ladang).
Selesai acara, majlis penutup diadakan di Dewan Indera Segara. Program tamat pada jam 1.00 tengahari serta mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari staf akademik dan staf pentadbiran UiTM Cawangan Pahang.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.