18 November 2020 : Unit Sukan telah menganjurkan Bengkel Asas Golf bertempat di Dewan Al-Biruni 2, UiTM Cawangan Pahang.
Penglibatan seramai 20 orang peserta terdiri dari staf seluruh bahagian.
Fasilitator adalah mantan staf UiTM Cawangan Pahang iaitu Encik Abdul Manan bin Yunus, yang juga merupakan pemain golf sensasi UiTM serta mempunyai pengalaman luas dalam sukan golf.
Bengkel bertujuan untuk mencari bakat baharu di kalangan staf bagi mewakili pasukan UiTM Cawangan Pahang dan seterusnya pasukan UiTM. Peserta bengkel ini juga akan diserap menjadi ahli untuk Kelab Golf UiTM Cawangan Pahang yang bakal ditubuhkan.
YBrs. Al-Fadil Ustaz Haji Mohd Zaki bin Abdul Latiff, selaku Pengerusi PSKK UiTM Cawangan Pahang telah merasmikan bengkel ini yang juga dihadiri oleh Timbalan Ketua Pegawai Sukan, Puan Hamidah binti Abdul Rahman, selaku Ketua Unit Sukan.
Berita selanjutnya dan juga gambar sepanjang kursus boleh diperolehi melalui pautan : FB Unit Sukan
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.