14 Ramadan 1442h : Jelajah diteruskan lagi bersama staf di Unit Kenderaan ataupun lebih dikenali sebagai Pilot Darat. Encik Shamsul Kahar, Pegawai Eksekutif Kanan di Pejabat Pentadbiran turut bersama mengambil bahagian. Ternyata walaupun berpuasa, ia bukan menjadi penghalang kepada semua untuk kekal sihat dengan membuat senaman aerobik. Sesi perkongsian yang disampaikan berkaitan pengurusan stress dengan bersukan. Puan Hamidah juga berkongsi mengenai cara untuk mengelakkan sakit belakang semasa memandu jarak jauh dan senaman untuk bahu yang lenguh.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.